Thursday, 10 November 2011

'Bidadari' Syurga



Apa yang anda faham tentang 'Bidadari' Syurga?..
Bila melihat atau terdengar perkataan 'Bidadari' Syurga, apa yang akan anda dapat bayangkan?

Adakah yang digambarkan itu adalah:
  • Wanita suci yang menyenangkan dipandang mata?
  • Menyejukkan hati?
  • Mententeramkan hati setiap pemilikya.?
Benarkah 'Bidadari' Syurga digambarkan:
  • Dari segi rupa paras muka kelihatan Cantik dan Jelita.
  • Kulitnya mulus
  • Mempunyai Akhlak yang baik
  • Perawan
  • Kaya akan Cinta
  • Umur sebaya.
Firman Allah yang bermaksud:
"Di dalam Syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik dan jelita."
- Surah ar-Rahman ayat:70.

Siapa yang beruntung mendapatkan 'Bidadari ' Syurga? Semestinya:
  • orang-orang yang syahid kerana Berjihad di jalan Allah
  • orang yang Tulus
  • Ikhlas membela Agama Allah.
'Bidadari' Syurga sebenar:
  • Berhati lembut
  • Menyenangkan dipandang mata
  • Menyejukkan dilihat
  • Mententeramkan hati setiap pemiliknya.
Siapa sebenarnya 'Bidadari' Syurga yang dimaksudkan?
- Wanita solehah yang menjaga kesuciannya.
- Setiap daripada kita juga mampu menjadi bidadari di bumi ini.

"Wajah luaran bukan menjadi ukuran di sisi Allah."
"Paras yang cantik tetapi buruk akhlaknya, tidak cantik di mata Allah."
"Wajah yang biasa tetapi baik akhlaknya akan menjadi bidadari di sisi-Nya."


Tahukah anda apakah ciri-ciri menjadi 'Bidadari' yang dimaksudkan?
Antaranya:
  1. Muslimah yang paling taat kepada Allah.
  2. Menjadikan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya. (Jadi Panduan)
  3. Mempunyai Ibadah yang Baik dan Memiliki akhlak serta Budi Pekerti yang mulia.
  4. Sentiasa Berbuat Baik, hormat dan Berbuat Baik kepada orang tuanya.
  5. Taat kepada suami. Menjaga harta suaminya dan mendidik anak-anak dengan kehidupan Islam.
  6. Melayan suami dengan baik, berhias hanya untuk suami. pandai membangkitkan dan memotivasikan suaminya untuk membela agama Allah.
  7. Pengabdian kepada Masyarakat dan Agama sangat besar. Menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya.
"Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
(HR Muslim)

Dialah 'Bidadari' di bumi, Dialah juga waniata Solehah. Keberadaan dirinya lebih baik dan berarti dari seluruh isi alam ini.

Inilah...yang dinamakan 'Bidadari' Syurga. Berdoalah kepada-Nya agar menjadi 'Bidadari' di Bumi. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi doa untuk ibu, kakak dan adik jangan dilupakan. Agar kelak di Syurga, tidak canggung lagi.

Just want to Share.  What i got or learn... i would like to share with u all.  

Credit for Masitah Abd Rahman
Muslimah Bestari

(Specials Flower_11)


 
 

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

0 comments:

Copyright © 2011 Mumtaz-Aini. All rights reserved