Friday 22 June 2012

KeBaikAn PeMakAnAN bAwAnG pUTiH


Asslamualaikum...
Hi…Hello…Apa Khabar???
Adakah anda memulakan hari anda dengan senyuman??? …(^_^)
Hari ini..topik yang Mumtaz nak bincangkan adalh berkaitan dengan pemakanan…
Pemakanan…..Bawang Putih…
Tahukah anda apakah kebaikan Pemakanan Bawang Putih??? (^_^)

Bawang Putih….
Bawang Putih merupakan tumubuhan yang dikenali ramai. Bawang putih mempunyai keberkesanannya dalam merawat pelbagai penyakit.  Untuk pengetahuan anda semua, berdasarkan kajian yang telah dijalanka, bawang putih boleh dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik.
Antaranya ialah Tekanan Darah Tinggi, Masalah Pernafasan, Kencing Manis, Permasalahan Wanita dan Tahap Kolestrol.

1/ Tekanan Darah Tinggi:
Bawang Putih berpotensi dalam merawat masalah tekanan darah tinggi. Bahan aktifnya adalah Allicin yang mana ia berupaya untuk merengangkan saluran darah yang berasa di bawah tekanan tinggi dan juga mencegah kerosakan saluran darah yang lain. Selain itu, Allicin juga boleh menurunkan pengumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko thrombosis iaitu pembekuan darah dalam salur darah yang boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

2/ Masalah Pernafasan:
Bawang putih merupakan ramuan tradisional yang selamat dan berkesan untuk merawat lelah, radang paru-paru dan masalah pernafasan lain. Bawang putih mempunyai kandungan Eter yang kuat. Ia boleh melarutkan mucus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru. Bawang putih juga merupakan antiseptic dan pembunuh kuman yang berkesan.

3/ Kencing manis:
Untuk penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat atau gula. Bawang putih juga kaya dengan kalium, iaitu sebnayak lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis akan mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mnegambil kalium dari tubuh sehingga pesakit tidak sedarkan diri sehingga koma. Selain daripada kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulphur dank e semua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
4/ Permasalahan Wanita:
Golongan wanita sering menghadapi keadaan sedih, kemurungan, sakit kepala dan loya biasanya disebakan oleh perubahan hormone dalam badan dan kedatangan haid. Keadaan-keadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia akan meransang pengeluaran haid. Bawang putih juga merupakan penawar kepada masalah metritis iaitu radang uterus yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Bawang putih juga mengandungi factor penggalak (thiamine) didapati boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.

5/ Tahap Kolestrol:
Bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan kolestrol dalam tubuh. Ini disebabkan kandungan sebatian fitokimia dalam bawang putih boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisassi tubuh.

oleh itu, Bawang putih merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna yang mempunyai pelbagai fungsi teraputik. Ia bukan sahaja ramauan dalam masakan, tetapi juga bertindak sebagai ubat untuk merawat penyakit.

Sumber:
Rex Adam, 1997. Makanan Penawar Yang Menakjubkan.
TQ...

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Copyright © 2011 Mumtaz-Aini. All rights reserved