Thursday 31 July 2014

Hidup Sihat Dan Awet Muda


BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT DAN AWET MUDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN :

1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma 3K dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda.


Semoga mendapat manfaat. 

Credit For: NORMALA SHAMSUDDIN 

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Salam Lebaran 2014



Assalamualaikum...
Dah lama benar mumtaz tak update blog.. memang dah lama sangat kan... hehe
apa pun... di hari yang mulia ini...masih belum terlambat lagi untuk ...
mumtaz ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger.

Ucapan: 
Selamat Menyambut Hari Raya 
Aidilfitri 
"Bersama-sama kita bermaafan di hari mulia,
kekalkan persaudaraan yang ada,
semoga kita peroleh kesejahteraan bersama."

Salam Lebaran 2014...
* Semoga kita beroleh kemenangan dan keberkatan sepanjang tahun *

Jom layan lagu. enjoy it..

"10 Jari Aidilfitri" - FORTEEN (Official MTV)




♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Tuesday 8 April 2014

They happy, we happy

Assalamualaikum..hello..hi..
For all dear blogger. I like to update my blog..even i'm busy. But i just want to spend my time a while with blogging. This morning..our students do exercise or practise..they will involve in sports at early month of may.  I see they really happy to do the activity..be fun. 
They happy.. We happy. Okey, that all for today. Will continue soon.. (^_^)

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Saturday 1 February 2014

Do something that new to me



Assalamualaikum.. 
Hai..Hello.. 
Rasa macam dah lama mumtaz tak buka blog sejak cuti bermula...hehe
dikala ada peluang nak online ni... sempat juga mumtaz jenguk blog ni...n than update sikit.. (^_^)
actually mumtaz dah start keja dah..tapi keja biasa2 je.. yang penting hujung bulan ada duit poket sendiri...tak yah minta kat mak n bapa kan..hehe...
alhamdulillah..syukur lah start je cuti terus kerja even keja yang ada ni biasa je.. tapi happy gak.
actually keja yang mumtaz dapat sangat-sangatlah jauh dari apa yang mumtaz study kat U. tapi mumtaz ambil je kerja ni.. sementara menunggu panggilan kerja lain kan.. hehe boring gak kalo just duduk kat umah n tak buat ape2...
Tempat kerja...dekat je dengan umah... tapi tak lah dekat sangat.. bagi mumtaz kira dekat lah. Nak tau mumtaz dapat kerja apa? Mumtaz dapat keja as Guru Tadika.. Do something that new to me (^_^) Keja mengajar pagi until tengah hari n untuk tambahan mumtaz ambik duti petang jaga budak kat tadika tu pula...maksudnya 2 kerja la kan.. mengajar di waktu pagi... menjaga budak sehingga parents budak tu datang ambik..hehe..nak cakap penat tu...penat juga lah untuk melayan karenah budak2 ni... 
sebenarnya mumtaz tak de pun pengalaman nak mengajar budak2 ni... jaga budak apatah lagi. babnya mumtaz tak de adik kecik.. tapi parents cakap..bila lagi nak belajar something news  even that differ from what we learn...hehe first day mula-mula kerja time bulan 1 tu..rasa la macam tak nak g keja lagi..tapi pujuk diri juga untuk teruskan gak..after first day..mumtaz dapat membiasakan diri dah... hehe...alhamdulillah...
hopefully mumtaz boleh teruskan sampai mumtaz dapat panggilan kerja lain kan..(^_^)... amin
thanks for reading...be happy n dont forget to smile.
Be more positive n avoid negative thinking.
aLwAys...trying to ImprOve My Self.. (^_^)

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Saturday 4 January 2014

Tahun Baru Tiba lagi

Assalamualaikum...hai apa khabar semua..hehe just want to updating my blog...n do some blog walking...visit friends blogs.. yeah. Happy new years...walopun dah masuk hari ke 4 for this year...I mean 2014, mumtaz nak ambil kesempatan d sni nak ucap selamat tahun baru pada semua kawan bloggers...

Masuk tahun baru ni...mesti korang ada buat baru kan??? Apa agaknya azam kawan2 lain ek... setiap orang sudah semestinya azam baru. Setuju tak? But some person may tend to just consistent with there 'azam' from the previous year...means tetap dengan azam lama... betul tak.. ada gak yang cuba n ramai yang cuba untuk improve lagi azam mereka. mungkin jga ubah or buat azam lain@baru pula..hehe 
Actually mumtaz pun ada azam baru...salah satu trying to improve my self.. mksudnya jadikan dri lebih baik dari sebelumnya.. n ada lagi azam lain..hehe n hopefully this year much better than before...insyaallah. 
Masuk tahun baru ni juga...maknanya I'm finish my studies...hope lepas habis ni...boleh cari kerja..now start already to find job.. good luck for me n for all my friends too who is finished their studies same like me... mesti akan rasa rindu dengan kawan2 lepas ni...terutama pada  kawan yang sangat rapat..huhu 
Exam dah habis...good luck to my friends that still have exam paper... mumtaz sentiasa doakan untuk korang... semoga semuanya berjalan dengan lancar n baik-baik saja...amin... 
Yeah...rasa happy n bertambah happy bila fikir balik kampung...tidak sabar nak balik....balik hometown dengan mak sekali...so maknanya jalan-jalan dulu kat kuching before back to Sabah... hehe 
Okey lah...nant sambung lagi...thanks sebab datang lawat ke blog mumtaz...thanks a lot n really appreciate it..
P/s: Have a nice day
       Be happy
       SpecialFlower_90 (^_^)

♥♥♥Thanks sebab sudi baca entry mumtaz.♥♥♥

Copyright © 2011 Mumtaz-Aini. All rights reserved